Sunday, January 31, 2010

Kita jumpa lagi pada cuti hari raya cina yang akan datang.

aku dah nak blah dah ni. semangat nih nak balik sekolah. tak tau asal. haha :D eiqa, sorry doh tak wish bday kau. hari tuh aku ada easymath. anyway HAPPY BELATED BIRTHDAY SAYANGG :) rindu kau dol. yang lain2 juge. sorry tak contact. cuti kali ni pendek sangat. next time okay. psst! mj dah ada blog doh. check this out bebeh ; http://www.storyofthestorytellers.blogspot.com/

aa ada satu cerita tertinggal. masa latihan rumah, aku pakai baju sigs au. pastu time nak lari macam gaya kuda, aku tak retiiiii!! memang kelakar glaa kalau aku buat. pastu sekali cikgu sudin tegur, "sigs! buat betul2!" ADOI tak memasal hahaha. sejak tuh aku dah tak pakai baju sigs tapi still dia dapat cam aku. setiap kali latihan mesti ada je yang dia nak tegur aku. hari tu dia suruh aku conduct stretching kat depan " sigs! stretching kat depan!" adoii aku reti plak bab sukan2 ni hahaha. tak memasal aku promote nama sigs kat mersing. be proud sigsians HAHAHA ;P

ok lah. gtg nak makan lepastu terus siap2 nak balik. byebye! :)

Tak kenal maka tak cinta.

ceceh. saje je letak title begitu an kasi gempak. seha jatuh cinta ke? ngahaha baca la kau sampai habis. pejam celik pejam celik dah sebulan dah sekolah pada tahun 2010. say whatttt?!! aku tak homesick pun kali ni. serious doh *bangga WINK WINK haha. maybe dah setahun duduk asrama tahun lepas, so bila datang balik dah cam biasa ar. lagipun form5 ni tersangat SANGAT SANGAT busy so tak sempat nak rasa homesick tuh haha suke kau je seha buat teori sendiri. pastu dah ar peraturan makin ketat this year. kalau tak lepas gps, tak boleh outing. aku yang dengar dah cam redha je an. takde ar, bukannya aku dah target tak lepas gps. TAPIIIII (ceh perlulah 'tapi' tuh nak 6 harkat) macam tak confident je an boleh lepas. addmath doh -.-

haa. tapi cikgu addmath aku sangat best! :D cikgu liyana. tegas. kalau salah ke, tak dpat jawab soalan ke, ape ke, kena ketuk ketampi (perempuan) atau bumping (lelaki). aku pena kena sekali sebab tak dapat jawab soalan. dan sampai sekarang aku ingat yang soalan tuh kena pakai log, baru boleh dapat. terima kasih cikgu :') bi lak ngn sir azlan mcm taun lepas. tapi tak leh blah, sir asyik promote trip sekolah nak pergi yogjakarta je. asal masuk kelas, mesti ada terselit iklan mengajak ktorg pergi ke yogjakarta HAHA adoii. bm ngn cikgu liza aka cikgu kelas ktorg. math mode pun ckgu yg sama iaitu cikgu zulaiha, mentor aku :) fz dgn ckgu tahun lepas jugak, cikgu rozi. bio pun sama, dengan cikgu rosnah. ch pun sama, dengan cikgu azemi yang periang haha :)pai dengan cikgu baru, ustaz kash. adoi, dah tak boleh tidur dalam kelas pai ar lepas nih heheh. so kebanyakannya belajar dengan cikgu yang sama dengan tahun lepas. ok lah. tapi homework ya ampunn, serious bertimbun. dengan nak kejar latihan rumah lagi, nak kutip duit inge lagi.

sebulan kat sekolah, memacam jadik. yang paling takkan lupa ar, ktorg pj main ragbi doh! haha perempuan main ragbi? macam pelik je kan. tapi ktorang main ragbi touch. paling tak boleh blah, masa aku bawak bola nak try, lagi bpe langkah je doh nak try, mursyi pergi tarik tudung aku, tinggal anak tudung je kat kepala. da lah anak tudung kaler putih. mantul glaa. HAHA serious aku ketawa dekak2. nasib baik budak lelaki main kat court. kalau dorg pun ada kat padang, serious aku pindah sekolah! HAHAHAHAHA tapi epul tau pasal hal ni. pastu dia ske ngnjeng2 aku. kalau nampak aku je, dia buat gaya main ragbi. setan ah lu HAHA emmm cter lain, aku jadik asisstant this year. bongekkkkk spe yg pilih aku. BOLEH TAK AKU TAK RETI NAK JADIK ASISSTANT KEJADAH NI. aku dah cukup busy dah jadik bendahari inge, peras ugut budak bayar duit haha. pastu jadik setiausaha badminton. nasib baik kelab ni tak berapa nak aktif. kalau aktif, pehh. mati -.- tapi2 cikgu badminton ni lawa doh. cikgu siti asmah, cikgu baru. muka dia ada iras2 sket ngn hanis zalikha dalam versi memakai tudung. cun bongek! da lah sporting :D hakhak pastu outing hari tu, aku tak outing pun sebab pergi easymath kat mrsm mersing. pergi balik jalan kaki je weh. adventure sungguh haha. jumpa gdah ngn nael kat sana.

emm tuh je kot cerita setakat ni. takde gambar sebab tak bawak kamera lah bai. naik ni aku bawak. so jengjengjeng haha *mengarut OH pasal tajuk entri ni. tak kenal maka tak cinta. yah, truly, aku dah makin menerima sekolah ini, sekolah menengah sains sultan iskandar. dah makin jatuh sayang pada sekolah ni. kalau dulu punya ar berbaris ayat mengutuk. tu lah, orang tua2 kata, benda yang paling kita benci tu lah nanti yang akan kita suka (ceh ayat terabur). takpe, asal kau faham maknanya. itulah dia, tak kenal maka tak cinta :)

sampai di sini, terima kasih kepada korang2 semua yang suruh aku update blog selalu (walaupun aku update hal2 mengarut tak masuk akal tapi korg nak jugakkk baca. serious tak paham. asal la buang waktu dengan blog yang tak seberapa ni =.='). terima kasih pelawat walaupun datang tak bagi salam (wekk) :P terima kasih pengikut. EE SENANG CERITA TERIMA KASIH SEMUAAAA HAHAHA NGNTOK LA DOL

BYE <3

Saturday, January 2, 2010

So today will be my last day here in JB.

esok balik sekolah oh tidaaaaakkkkk katakan la ini semua hanya mimpi! katakanlah! KATAKANLAH!


KATAKANLAHHHH!


pstt; malam tadi mimipi cikgu safiah senyum kat aku. adakah itu satu petanda baik? bhahahaha.



*lepas ni dah jarang update, harap maklum. doakan yang terbaik untuk spm saya :)